Feed on
Posts
Comments

1. Mula-mula, kita Ctrl+N (Bina fail PSD baru). Pilih saiz 545 x 523 pixel.

2. Lakarkan paparan kulit buku mengikut kreativiti anda. Lihat gambar contoh yang saya buat untuk tempahan.

Ciri-ciri yang patut ada:

1. Tajuk Utama buku anda.

2. Salah satu slogan/cogan kata yang sesuai menerangkan buku anda.

3. Nama penulis

4. Tajuk Buku di bahagian tepi. (Gunakan Move Tool untuk pusingka/rotate teks)

5. Pelekat tambahan (kod bar, tanda harga, logo “guarantee” dan apa sahaja).

————————————————————————————————–

Tip Tambahan:

1. Jangan gunakan terlalu banyak teks.

2. Pastikan imej yang anda masukkan punya kaitan dengan intipati buku digital anda.

3. Kurangkan warna yang terlalu banyak. 3 warna tema sudah mencukupi.

4. Gunakan jenis Font yang mudah dibaca. Elakkan penggunaan jenis Font yang pelbagai. 2 jenis font sudah memadai.

5. Banyakkan buat rujukan pada laman buku digital lain.

—————————————————————————————————- Continue Reading »

 

Logo ini ditempah oleh webmaster www.BisnesLuarBiasa.com

Selamat berurusniaga.

 


(Nota untuk webmaster: Saya sudah hantarkan fail PSD supaya anda boleh lihat lebih mendalam struktur binaan logo anda) 

Logo PERCUMA..

Logo ni antara salah satu dari logo yang saya hantarkan untuk pertandingan di forum luar tapi kalah. Kalau menang pun, hadiahnya tak semahal mana. Itu cuma sekadar hobi saya di hujung minggu.

Memandangkan tidak ada syarat yang ditetapkan penganjur bahawa setiap penyertaan adalah hak milik mereka, selepas berbincang, ternyata saya dibenarkan menggunakan hak logo ini secara bebas.

Saya rasa, tak salah kalau saya kongsikan logo ni untuk pembaca blog ini.

Sesiapa yang berminat, boleh muat turun logo tersebut dalam bentuk fail PSD di link ini dan mengubahsuainya mengikut kehendak anda. (link muat turun di sini)

Cadangan saya:

1. Ubahkan warna di Image > Adjustments > Hue/Saturation > ubahkan warna

2. Ubahkan warna di Image > Adjustments > Colour Balance > ubahkan warna

3. Letakkan teks anda.

Kepada yang tak ada Adobe Photoshop, boleh simpan imej kosong tanpa teks di bawah ni. Kemudian boleh letakkan teks di Paint, atau di Microsoft Power Point (Tip: ketika hendak Save kan logo, masukkan nama fail “LogoSaya.JPG“)

 

Selamat Mencuba.

Nanti saya kongsikan tempat anda beradu kreativiti.

Semalam, kebetulan jadual saya tidak terlalu padat. Jadi, sempat juga saya mencuri masa untuk membuat tutorial yang ringkas.

Kali ni, saya akan berkongsi cara membuat awan. Bukan awan sebenar tau. Cuma awan grafik saja? ; )

Contoh awan yang akan kita hasilkan itu adalah seperti di bawah.

 

Contoh banner ini dibuat khas untuk Dik Mal di www.Norakmal.Blogspot.com . (contoh je ni..)
Adakah anda bersedia dengan pen dan kertas? tetikus dan papan kekunci anda? (perisian Adobe Photoshop juga, ya)

Baiklah, mari kita mulakan. Continue Reading »

Maaf terlewat 2 hari dari tarikh yang dijanjikan. Tutorial kali ini akan saya kongsikan tentang teknik-teknik asas untuk melukis. Lukisan untuk hari ini adalah logo RSS bercirikan web 2.0 seperti di bawah.

 

Seperti yang dijanjikan, kepada yang mengikuti tutorial ini, akan saya berikan sesuatu sebagai hadiah penghargaan kerana mencuba. Bagaimana caranya? Klik sini

Habuan: “Ribbon Ads Software” bernilai RM92 / USD27.00. (lihat info di sini)

 

Baiklah, mari kita mulakan. Continue Reading »

Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua lapisan umur.

2. Berminat untuk mempelajari teknik-teknik asas menggunakan perisian Adobe Photoshop.

3. Mempunyai masa lapang di hari minggu.

Kepada yang berminat, anda cuma perlu ikuti langkah berikut:

1. Baca dan ikuti tutorial satu-persatu.

2. Cuba lakukan sendiri dengan perisian Adobe Photoshop CS2.

3. Simpan fail dalam bentuk PSD hasil praktikal dari tutorial yang diberi.

4. Hantar fail *PSD ke emel saya bagerobagio[@]yahoo.com (gunakan Tajuk Tutorial sebagai tajuk emel).

5. Hantar sebelum 30 hari selepas tutorial dilancarkan.

6. Kemudian, saya akan berikan “sesuatu” kepada anda.

(Tiada syarat lain.. Cuma hantarkan hasil praktikal.. dan saya hanya melihat dan memberi pendapat.. Semua peserta akan mendapat habuannnya)

(Akan Datang ) Tutorial Melukis Logo dan Kiub RSS (versi web 2.0)

 

Projek Pertama (7 Mei 2007): Hasilkan Logo RSS bercirikan web 2.0

Habuan: “Ribbon Ads Software” bernilai RM92 / USD27.00. (lihat info di sini)

 

 

kemudian,

 

Projek Kedua : Tutorial Kiub RSS (sambungan dari hasil Projek Pertama)

Habuan: “Perisian Ecover Pro” bernilai RM92 / USD27.00. (lihat info di sini)

 

Imej di atas adalah PERCUMA untuk anda. Anda berhak membuang nama “www.irfanReka.com” yang tertulis di atas untuk kegunaan sendiri (>> Link Download <<)

Pasti anda biasa melihat icon yang tertera di sebelah alamat URL tertentu.

Pasti anda teringin membuatnya sendiri bukan? Tapi, bagaimana ya?

Apa yang anda lihat di atas adalah dinamakan sebagai “Favicon”. Apakah fungsinya?

Jika dilihat secara kasar, ia hanyalah hiasan ikon pada alamat web sahaja. Realitinya, ia sebenarnya adalah simbol/logo yang akan memudahkan sesiapa sahaja untuk mengingat jenama anda apabila menanda (bookmarking) halaman milik anda. (hanya drag ikon itu dan bawa ke bahagian Tab).

Fungsi Favicon hanya terdapat pada Pelayar Musang (Firefox..hehe) dan Internet Explorer 5+ dan ke atas Sahaja. Tapi, siapa tahu akan datang semua pelayar akan turut serta, kan?

Sangat senang. (saya siapkan dalam 15 minit kerana saya dah biasa dengan “shortcut key” Photoshop).

Mari kita mulakan. Continue Reading »

Default Designer Logo Diperlukan


saya ingin menawarkan peluang pada designer di sini.Kami menginginkan anda membuat logo untuk kami.Bayarannya adalah RM 50.

saiz logo: 200px*200px
Nama logo:roshatika
warna:gabungan hitam dan orange

kalau boleh,inginkan huruf R sahaja tapi dikreatifkan dengan cantik.jika menggunakan roshatika

juga boleh diterima

Ok..Ini adalah competition..Tamat pada Isnin minggu depan.

Kenapa lama sangat?supaya korang tak tertekan nak design dan hasilkan kualiti logo yang baik..

http://www.wangcyber.com/forum/showthread.php?t=2712

walaupun dah terlepas tarikh tutup.. tetap join juga.

inilah hasilnya..

hermm..

http://www.wangcyber.com/forum/showthread.php?t=2712&page=5

eCovers-Design.com

 

 

http://www.eCovers-Design.Com

 

« Newer Posts - Older Posts »