Beli 1, Dapat 2.. Nota penting untuk MARKeter..
September 26, 2007 by alirfan

Tak tahu ini dikatakan ujian di bulan Ramadan, ataupun rezki..
Semuanya berpunca bila aku tempah secara terus dari Mark. Kesilapan utama apabila Mark menggunakan alamat di Paypal sebagai alamat surat menyurat tanpa memberi peluang pelanggan memasukkan alamat penghantaran secara bebas. Jadi, inilah akibatnya.
Di Paypal, aku tidak mendaftarkan nama aku sendiri. Aku menggunakan nama syarikat sebagai pemilik mutlak dan alamat adalah di tempat sebenar aku duduk. Malangnya, apabila barang itu sampai ke Jepun, barang itu dikembalikan semula ke Australia disebabkan nama tertera bukan nama sebenar aku, melainkan aku kemukakan bukti bahawa aku pemilik nama itu, perlu dicetak dari akaun Paypal. Malangnya, aku berada di Malaysia sedang bercuti ketika itu.
Sekembali dari Malaysia, baru aku sedar yang barang itu telah dikembalikan, sedangkan alamat tertera adalah betul. Jadi, aku hubungi semula Mark melalui khidmat pelanggannya. Aku meminta Mark mengubah nama penerima yang tercatat di bungkusan. Jujur aku katakan, menunggu respon dari emel itu ibarat menanti durian mentah jatuh ke tanah. 4 hari tiada jawapan.
Aku menuju ke pejabat pos dan menyatakan masalah sebenar. Staf pejabat pos bersedia untuk membantu aku mengesan semula bungkusan itu. Ketika ini, seramai 4 staf mengerjakan misi ini. Sungguh bertuah, bungkusan itu rupanya masih di Tokyo, menunggu proses untuk dikembalikan ke Australia. Misi kami berjaya. Aku berjaya memilikinya semula.
Selang hampir 1 bulan.., aku dikejutkan lagi oleh panggilan dari pejabat pos pusat. Dia mengatakan “satu lagi barang awak dah sampai”?? Uiik???
Aku baca emel. Bertulis, “Maaf kerana respon yang lambat. Penghantaran dilakukan lagi sekali dengan nama penerima sudah diubah.”
Bayangkanlah kengkawan… 1 bulan.. 30 hari tau… Apa kes??
(tak tahu nak buat apa dengan pakej lagi satu ni. Dah emel Mark, macam biasa tunggu lagi sebulan agaknya…)








Weih…ko takyah email Mark tu.nnti ko balek Mesia ko campak jek CD tu depan umah aku..aku kutip punye laaaaa..
Hahaha.. siot ko pais.. aku bace URL ko.. nak tergelak..hahahahahaha
pebende tu efun
Akhirnya..ko tergelak gak.menjadik gak lawak aku yg selalu tak lawak..weih bagila aku CD tu. Nnti bleh aku design stylo2 utk Final Year Project aku. haha..
Nad…tu namenye racun tikos..tengok kotak die, kan mcm racun tikus. Tapi kalau tgk laju2 mcm printer catridge pon ade gak..haha..(suke ati aku jek spam kat cni, sorry la pan tgh bosan dow menunggu waktu berbuka).
OO lupe nk bgtau.. benda ni adalah DVD, boleh baca di entri sebelum ini ya.. atau ke http://www. PhotoshopTopSecret .com
wa..dapat dua sekali e-fun?masyuuk..hehe..aku teringin nak beli tu, tapi nak wat camne..sen pun tadak..hihihi..untungnya dapat dua sekali..die kasi adiah kot..hehehe
wahhh.. 2 skali dpt.. bestla ko.. bleh jadikan bonus beli ebook or product ko nnti.. huhuh…
xpun buat hadiah(duit) raya utk aku ke… hehehe.. 
reezluv :
hadiah Raye kot??hehe..
kodin :
amboi kodin, lain macam bunyinye tu.. hik2.. (nak pulang balik la.. bukan aku punye pon.. dugaan pose ni..)
waaa, sedap ler ko e-fun..nanti jadi expert ler ko erkk dlm photoshop nih. kasi review sikit lepas ko tengok dvd tu habis erkk..
ya ALLAH!!!! tak tau la pulak aku ko pon designer jugak!!!! satu geng laa kite!!! cume aku x buat bisnes laa… huk huk huk… aku design sendiri2 jer… ingat nk buat bisnes tp x tau camne nk buat… huahuahuaa…
AKU TENGOK DVD TU KAT WEBSITE DIE AKU NAIK GILEEE!!!!! NAK GAK SATU COPY!!!!! AAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!
dah dah puas emo. ehh aku tgk mmg cam best laa dvd tu sume… ko recommend kat aku x??? citer sket irfan!!!
apa² pun tanya tuan punya produk semula
Jika kita seorang yang jujur, elok lah dipulangkan semula. Saya pun pernah buat macam mark. Hidup ni memang bz dan kelam kabut, demi menjaga kepentingan pelanggan, kita gamble lah pos yang baru.
Jika awak pulangkan, saya berani berkawan dengan awak
Salam Dr.Ariffaizal,
Terima kasih atas nasihat awak. Saya faham situasi beliau dan saya tidaklah setamak itu untuk mendapatkan dua benda untuk harga 1benda tanpa dipersetujui. Dalam Islam, ia tak ubah seperti benda mencuri, dan semestinya haram bukan?
P/s: Sebenarnya sudah diposkan semula seminggu yang lepas. Mark menanggung kos perbelanjaan pos yang saya perlukan. Jadi, boleh kah kita berkawan?
Eh, pan..dptla ko kawan dgn Dr. Ariffaizal..kalau akula, aku selambe jek ambek(tak dapatla aku nak kawan dengan Dr. Ariffaizal). Mark tu pon dah kaye raye kot jual DVD die yang gempak abes tu. Takde hal la kalau setakat terlebih satu bagi kat ko, kire sedekah amal jariah la tu..haha..lagipon tu kecuaian dia, sape suro die bagi kat ko lebih. Respek aaa kat ko pulang balek DVD tu.
*Aku selalu gak gi pulang balek DVD kat cine jual DVD depan 7eleven sebab gamba tak lawa..ngahaha..
**Eceh, nak buat baek ng Mark la tu, manela tau dapat JV ng die ke kan..lol
wah..dpt 2. nak kata untung..xlah jugak sbb benda sama. tp untung kalau bg kat aku..leh dpt pahala sedekah eheh. teruja aku tgk web tu. rs nak dpt gak 1
Love ur portfolio.. But i wish u can put more.. (Impress me)
Salam efun..
Bagus efun..kita kena amalkan sifat jujur. kalau tak jujur boleh bungkus jadinya.. kalau berjaya pun.. hasil nya tidak berkat. Sudahnya turun pada anak-anak.
p/s: efun, ada cara tak nak buat tulisan Jawi dekat Photoshop? kalau ada aku nak menuntutnya. Pasal pengkerasnya.. bisa diurus.
Bila nak hapdet nehh
Salam…
Maaf e-fun..saya nak tanya sikit tapi tak tahu cam ne nak hubungi e-fun…
saya nak tanya tentang photoshop.. saya ada terjumpa satu laman web yang jual photoshop harganya murah sangat jada saya ragu² tentang laman web tu sama ada dia jual yang original atau pun cetak rompak ataupun yang crack punya..
ini laman webnya Photoshop CS3
Harap e-fun leh tolong.
ini webnya
http://www.gradware.com/product/view/798255
hye irfan.. sy harap blog ni xtif lgla coz sy sbnrnya ngah ketandusan idea nk design banner n poster projek klj ni.. search pnya search tjumpa blog awk ni.. hope awk bley tlg sy yg xmahir gna photoshop tuk design baner n poster tuk majlis mkn mlm.. hopefully awk leh bls kt emel sy scpt yg mungkin.. t sy leh citer kan konsepnya.. dateline sy next week jer.. tq so much ye..
Aslm,
bro.. ade x list cd ke dvd ttg photoshop yg ade video tutorial n ready image yg power2? if ade can u share ur list n price.. kot ade yg bkenan