“Naruto”kan Logo Anda.. hehe..
July 15, 2007 by alirfan
Maaf sebab sudah lama saya tidak menghantar tutorial terbaru. Ini kerana terlau sibuk dengan beberapa tugasan (assignment) dan menyelesaikan beberapa tempahan logo.

Hari ini, tutorial kita ditujukan khas kepada peminat Naruto sekelian. Mari kita “Naruto”kan logo kita.. haha.. (Menurut rakan seJepun saya, kartun Naruto adalah tangga teratas anime yang paling dibenci.. sehingga wujud gerakan Anti-Naruto untuk menjatuhkannya. Ini mungkin kerana mereka cemburu dengan kejayaan Naruto di peringkat global. Hwahwahwa)
1. Apa tunggu lagi.. Pertama sekali, muat turun Font “NinjaNaruto” ini. Ekstrak font, (password: irfanreka.com), Ctrl+C untuk copy. Kemudian, buka Start > Control Panel > Fonts, kemudian tekan Ctrl+V untuk paste.
2. Buka Photoshop anda, Ctrl+N untuk cipta satu file baru. Lihat butiran di bawah.

3. Tekan I, setkan kod warna #0c2090 untuk warna latar belakang. Tekan “T” untuk masukkan teks. Masukkan huruf pertama perkataan yang anda mahu. Kita akan buat kesan khas untuk setiap satu persatu huruf sebab logo asal naruto menggunakan kesan seperti itu.
4. Tekan “ALT” jangan dilepaskan. Sentuh anak panah pada huruf itu dan tarikkan ke bawah. (atau klik kanan pada paparan layer, pilih “Duplicate Layers”)

*didapati anak panah anda akan berubah bentuk. Ia bertujuan untuk salinan (cloning/ duplicate) daripada layer asal.
5. Pada layer klon tadi, klik kanan dan pilih Blending Options.. Kita akan ubah kesan khas di situ.

6. Baiklah, anda harus perhatikan betul-betul gambar penunjuk di bawah ini. Pastikan anda mengikutinya dengan betul tanpa meninggalkan satu langkah sekalipun. (Klik gambar di bawah untuk “tumbesaran”.. hehe)

7. Naikkan layer klon tadi ke atas mengikut kedudukan seperti gambar di bawah. Pilih kedua-dua layer itu dengan menggunakan butang “Shift” dan tetikus anda. Kemudian tandakan ikon “Link Layers” bertujuan untuk “mengikat” kedua-dua layer tersebut. Anda akan tahu apakah fungsi butang itu.

8. Lakukan proses pengklonan lagi sekali (seperti langkah 4). Jangan lupa untuk”mengikat”nya, tau. Ia dapat memudahkan anda mengatur layer anda. Kemudian, ubahkan huruf klon kedua kepada huruf kedua.

9. Ulangi langkah 8 sehingga memenuhi perkataan yang anda mahu. Seperti contoh saya di bawah. Anda boleh klik pada bucu petak (Free Transform) untuk memutarkannya. 
10. Susun satu-persatu huruf secara rapat-rapat. Letakkan dua lingkaran merah jambu di belakang dan tambahkan “tag” yang anda mahu jika perlu. Inilah hasilnya. (mudah kan?)

Selamat mencuba. Jika sudah mencuba, janganlah segan-segan letakkan hasil anda di ruangan “Karya Anda”.. boleh kita tengok sama-sama. Boleh kan?
P/S: tertanya-tanya bagaimana membuat lingkaran merah jambu di belakang itu? Nantikan tutorial seterusnya.








heheh..memang best..:)aku minat naruto..tapi tak minat font die..huhu.keh33
sama lah dgn saya… minat naruto je…font tak minat…
saya baru jupe blog ni. saya suka maklumat yang disampaikan.. terutamanya tutorial yang ditunjukkan…
boleh saya nak tanya, kalau nak buka banner header yang mcm timbul dan berkilau cam tu, nak buat camne?
buat lah tutorialnya…
thanks..
wah so cool jer
Kalau ada tambahan tulisan jepun sikit, lebih nampak umph. Nice tutorial.
ada tak perisian percuma nak buat naruto nie ?
Uik. Memang best la. Camana tak terfikir dari awal nih.
He he…Terjumpe lak blog bro nih.. Thanks for the tutorial.. Cube try test dekat blog aku nih..
download boleh gak ?
Salam tahniah.
Best punya tutorial nih.
Izinkan saya paste sikit dalam blog saya pastu link ke web irfan ya. Arigato.