Tip : Warna?? Arkh!! Tidak!! Aku “buta warna”!!!!
June 9, 2007 by alirfan
Maksud saya bukanlah “buta warna” yang tidak dapat membezakan jenis-jenis warna. Tapi “buta”untuk memilih gabungan warna yang sesuai untuk kelihatan lebih harmoni.
Perkara begini sering berlaku pada semua orang yang gemar melukis, mewarna atau menconteng-conteng. Semalam saja, sudah lebih 15 orang bertanya kepada saya (melalui YahooMessenger) berkenaan tip-tip pemilihan warna yang sesuai. Jadi, mereka mencadangkan agar saya berkongsi sedikit di dalam blog ini.
Baiklah. Contoh situasinya, mudah.
Seorang budak perempuan bernama Fartis bukanlah seorang pelajar Pendidikan Seni. Satu hari, Fartis mempunyai masa lapang. Tiba-tiba dia merasakan dia hendak mencorak sendiri blog miliknya. Dia bermula dengan hiasan sepanduk blognya (banner la tu..saje nk bagi BM..kekeke)
Kemudian, dia rasa banner yang dia reka semacam pelik. Fartis cuba menggabungkan beberapa warna lain tetapi tetap kelihatan tak menarik. Dia cuba dan terus mencuba sehinggakan dia rasakan sesuai dengan warna tema blog Fartis.
Inilah kepuasan yang semua orang mahukan. Tapi, sedarkah anda? Berbaloikah menghabiskan masa beberapa jam untuk memilih warna saja? Ya.. memang tak berbaloi. Tapi ada cara untuk memudahkan proses ini.
Cadangan Alternatif :
Anda perlu menggunakan beberapa perisian yang boleh memberikan anda cadangan warna yang sesuai. Ada beberapa tool di internet yang disediakan semata-mata untuk memudahkan kerja para designer muda di seluruh dunia (yang senior mungkin tidak) .
Contohnya (sumber : DesignMeltDown.com)
Genopal (Color pallet creation software)
COLOURlovers (Excellent color pallet collections)
Kuler - pallet builder from Adobe /
ColorBlender.com (The best tool I have found for easily creating beautiful color pallets)
Great color browsing resource (Named colors, by hue, etc)
Color Scheme Generator
Color Blender (On MeyerWeb)
Color In Motion
Color Schemer Online v2
Color Schemer Gallery
Color Symbolism
Atau, cari di google atau yahoo dengan kata kunci “Easy Choose Colour Tools” atau apa-apa yang anda rasakan sesuai.
Tip Tambahan :
1. Jika anda mencari kesinambungan mustahil antara dua warna yang pelik (contohnya, Pink + Biru), tools di atas boleh membantu. Dengan pantas, ia secara automatik akan mengharmonikan gabungan antara kedua warna.
2. Amalkan menyimpan / Save koleksi pallete warna kesukaan anda. Sila lihat Window > Swatches di Photoshop anda. Ini dapat memudahkan anda memilih semula senarai warna yang anda simpan sebelum ini.
PERCUMA :
Saya memberikan anda secara percuma “Swatches” senarai warna yang digunakan oleh 20 laman web terkemuka dunia yang bercirikan Web 2.0 seperti Yahoo, Google, Youtube, Wikipedia, Meebo, Photobucket dan banyak lagi. (Apa itu web 2.0? Tanya pakcik Google ya?). (Klik kiri untuk ke ruangan download)
Cara untuk memasukkan Swathes ini, ikuti langkah berikut (maaf ya, kali ni tanpa screenshot)
1. Window > Swatches
2. Klik anak panah kecil di tetingkap Swatches.
3. Pilih Load Swatches.. Cari fail yang saya berikan tadi.
Selamat mencuba.








satu lagi, ramai gk yg tnye aku nape blog ni nampak simple sangat, tak didesign lawa2..
jwpannye.. aku suke yg simple…hehe
Beauty is in the eye of the beholder..
Kalau kite kate lawa tu, tak semestinya lawa kat mata orang lain.. so, Lain Mata, Lain Rasa (peribahasa baru ni..) kekeke..
terima kasih daun keladi, nnti saya mintak lagi XD
ceh!!Fatris ke Far_East nie..ngahaha..neway,skung aku dah tak buta warna. bleh buat bintang2 gumbira lagi..
itulah masalah yang paling kritikal sekali… nak kombanisikan warna supaya menjadi sesuai… aduhai…
mintak grafik untuk saya bleh? berapa bayar? hihi…
AbdFatah,
Sudah saya emelkan sebentar tadi, jika ada sebarang pertanyaan lanjut, silakan. Saya akan menjawab bila2 masa.
wa.. bagus la e-fun
memang agak susah bagi mereka yang baru dengan warna..nak diterangkan satu-satu memang ade berjuta warna..tertier la..memacam lagi la kalau nak kirakan…Pakai software tu memang mudah, terutamanya nak cepatkan kerja..:)aku tak pernah lagi pakainya..
tapi kan ade tak script atau software la yang boleh generate warna yang viewer nakkan pada sesuatu page..contohnya, bile viewer tu masuk, die nak choose kaler sekian2…hehhe..ade tak?penin gak nak install kat mana tu..huuu..lau leh tukar sendiri kan ke best kan?heheh..ye la kan..warna ni penting coz mood viewer nak kena jaga gak kan?hihi..
p/s:lau nak tempah logo 2.0 kat aku atau visit page ni http://www.wangcyber.com/forum/showthread.php?t=3592
thanks e-fun
Terima kasih. Banyak benda yang saya dapat belajar dari sini. Salam dari Kemaman.
aaaaaaa….. tak nampak apa-apa…! tak nampak warna dah…. adesh.
aku suka pakai pantone process coated.. kalau korang pakai photoshop / illustrator.. color tu korang bole dapat kat swatches. tapi untuk web jgn lupa convert ke RGB kalau tak warna anda jadi pelik..