Naiktaraf!! Photoshop CS2 ke Photoshop CS3..
June 6, 2007 by alirfan
Harga asal CS3 sangat mahal. Boleh terbeliak biji mata. *USD600, kalau dalam Ringgit Malaysia (kira sendirilah ya, darab dengan 3).
Minggu lepas saya membelek ruangan lelong di Yahoo! Japan Auctions lalu terlihat satu promosi untuk naiktaraf dari CS2 kepada CS3. Ia berbentuk tiket yang mengandungi nombor siri pengaktifan khas untuk kegunaan pemegang lesen perisian CS2 yang sah lagi tulen. Inilah rupa tiket tu.

Ada 16keping semuanya. Harga pembukaan adalah *RM30. Tapi, masa saya masuk ke situ, harga lelong terkini adalah *RM380. Maksimum adalah *RM600.
Saya tak terlintas lagi nak beli, tapi saja ingin cuba-cuba sertai lelongan tu. Nampak gayanya, saya adalah pembida paling tinggi (setakat ini). Tarikh tamat lelongan ada lagi 15jam. Harap-harap tak ada yang buat kacau. Hahaha…
Ia cuma berfungsi pada pemegang lesen CS2 tulen saja tau. Yang ciplak memang tak dapat nak tolong sebab Adobe ada simpan rekod.
p/s: Jadi, jika anda pembeli Photoshop tulen, jangan lupa daftarkan keahlian anda di Adobe sebagai pemegang lesen yang sah. Banyak kelebihannya tau.
*nilai anggaran kasar setelah ditolak kadar tukaran RM, USD dan Yen








Bro dok kat jepun ker?
erm..kumpul sen..beli la satu yang ori..pastu wat la..hehe(bile la boleh beli ye?ish3..)
Kalau saya ni pakar Photoshop memang takkan kiash dengan harga macam tu…tapi alahai…
saya ingin berntanyakan sesuatu..
apakah kelebihan CS3 dan apa kekurangan CS2..
skrg sy menggunakan CS2 untuk membuat grafik..
tetapi hasilnya.. bolehlah dikatakan membanggakan…
plzz replay..
iwan to know!!
1 Cyber Boyz
Ye..ade kat jepun sekarang ni..knape? nk order Gundam ke? hehe..
2 reezluv
Erm.. tak galakkan pun korang guna ciplak, tapi kalau dapat yang ori lagi bagus, siap dapat manual dgn guide.. mmg bgus.
3 Sazkul
Hehe.. kalau nak ikutkan memang tak masuk akal jugak harganya kan? orang kaya pun pk 2,3 kali nk beli ni..kan? kan?
4 mohd fareez
Fareez boleh dapatkan ebook percuma tentang pembaharuan yg ada kt dlm CS3. (klik kanan di bawah ini, pilih Save As..) http://books.elsevier.com/bookscat/samples/9780240520285/From_the_Author/whats_new_in_cs3.pdf