Tutorial Membuat Awan.. (Seni Berus)
May 11, 2007 by alirfan
Semalam, kebetulan jadual saya tidak terlalu padat. Jadi, sempat juga saya mencuri masa untuk membuat tutorial yang ringkas.
Kali ni, saya akan berkongsi cara membuat awan. Bukan awan sebenar tau. Cuma awan grafik saja? ; )
Contoh awan yang akan kita hasilkan itu adalah seperti di bawah.

Contoh banner ini dibuat khas untuk Dik Mal di www.Norakmal.Blogspot.com . (contoh je ni..)
Adakah anda bersedia dengan pen dan kertas? tetikus dan papan kekunci anda? (perisian Adobe Photoshop juga, ya)
Baiklah, mari kita mulakan.
1. Mulakan dengan fail baru. Ctrl+N. Setkan ukuran banner yang anda mahukan. (ukuran bergantung pada kehendak website/blog masing-masing.)

2. Mula-mula, kita perlu membentuk warna langit. Setkan warna biru cair pada “Set Foreground Colour”, kod warna yang saya gunakan adalah #e5f3ff.

3. Aktifkan “Paint Bucket Tool” (butang G), , dan simbahkan cat biru cair itu ke atas papan lukis anda.
4. Kemudian, setkan pula warna biru lain yang lebih gelap. Saya gunakan kod warna #5c7c8b.

5. Aktifkan pula fungsi ” Gradien Tool” untuk kesan hasilkan ton warna.

Tarik anak panah tetikus seperti gambar rajah di bawah.

Ini adalah ton yang terhasil.

6. Baiklah, warna langit sudah pun siap. Sekarang kita hendak membentuk awannya pula. Pertama sekali, anda perlu muat turun dahulu Cloud Brush di sini. <Klik sini (klik kiri)>. Selepas muat turun, letakkan fail ini di direktori C:\Program Files\Adobe\Adobe Photoshop CS2\Presets\Brushes.
7. Jika sudah simpan fail itu, kita kembali semula ke Adobe Photoshop. Pilih “Brush Tool” (butang B).

8. Sebelum kita aktifkan fungsi “Cloud Brush” tersebut, perhatikan di tetingkap Brush di atas. Klik mengikut turutan seperti gambarajah di bawah. Selepas pilih “Load Brushes” pilih fail yang sudah anda muat turun sebentar tadi.

9. Kini, anda sudah pun mengaktifkan berus untuk melukis awan. Pilihan yang ada adalah seperti di bawah. Jangan lupa mengubah saiz awan mengikut kesesuaian saiz grafik anda. (lihat bulatan nombor 2)

Jangan lupa, awan berwarna putih. Jadi setkan terlebih dahulu warna berus itu sebagai putih. 
10. Anda sudah boleh mula mencetak awan. Hanya perlukan satu klik untuk setiap awan.

TIP PENTING:

1. Berpandukan tetingkap Brush, sila ubahkan Saiz, Opacity dan Flow yang bersesuaian. Untuk menampakkan awan yang jauh di belakang, gunakan saiz kecil, dan Flow yang rendah. Untuk menampakkan kesan tindihan antara awan-awan lain, rendahkan tahap Opacity. Pokoknya, semua terletak pada tahap kreativiti anda.
2. Anda juga boleh menterbalikkan gambaran papan lukis untuk hasilkan awan berciri pantulan. Klik Image > Rotate Canvas > Flip Canvas Horizontal.

Kemudian, mulalah mencetak awan pantulan. Cuma sekali klik untuk setiap bentuk awan.

3. Saya juga membesarkan saiz awan untuk menampakkan kedudukan awan yang sangat dekat. Lihat gambar di bawah.

4. Setelah awan-awan siap dicetak, anda bebas untuk meletakkan apa sahaja teks
atau kesan khas lain yang anda tahu. Seperti contohnya, untuk hasilkan kesan silauan matahari, tekan Filter > Render > Lense Flare.
Mahu lihat hasil saya?
http://www.mejuke.com/show.php/295_bannerdikmal.jpg.html
Selamat Mencuba, kawan-kawan.
p/s: Kalau kawan-kawan sudah mula mencorak awan, janganlah segan-segan berkongsi dengan kami, ya?








Untuk pengetahuan anda, ada banyak Brush yang cantik-cantik di dalam Internet, dan untungnya, hampir kesemuanya adalah Percuma..
Contoh laman yang menyediakan Brush PERCUMA yang sangat cantik..adalah http://www.Brusheezy.com ,
(anda boleh buat carian di Google dengan kata kunci “Free Photoshop Brush”
Di laman itu, terdapat juga Brush untuk hasilkan kesan “panahan petir” dan flora dan fauna. Sungguh cantik.
Sekian info untuk hari ini. Jangan lupa praktikkan ya?
erm..memang bagus tutorial ni..1st time aku tgk dalam bahasa melayu..kebanyakannya BM..bagush..teruskan usaha anda ye?
cam kata alirfan..leh dapat manyak lagi brush kat sana..dan kat sini
Deviantart.com…
ade masa jenguk2 la portfolio aku kat http://reezportfolio.blogspot.com
tapi takde tutorial la..maleh bangat..hehehee…
cool blog. insyaallah dtg lagi
asmkm Irfan, how r u? shueqry here…
saya asyik berfikir tentang awak dari malam tadi, ntah kenapa, saya tak tau pasal apa..
bila saya buka internet pagi tadi terus saya taip nama awak kat MBL, rupa-rupanya saya diketemukan dengan awak di sini..
dan.. saya telah ketemui secara kebetulan siapa yang buat banner dikmal.. i’ve found you.. smile ! :-).. hehe.. dikmal tak beritahu saya siapa yang buat banner dia, tapi secara kebetulan saya dah tau bila baca blog awak ni.. rupanya irfan yang buat banner tu.
thanks for sharing this tip.
saya sekarang ni baru nak kuasai cara nak buat cover eBook. Saya nak tahu dengan lebih mendalam cemana nak buat, software yang dipakai dan cemana nak buat glossy look dan saya asyik berfikir mana nak cari sumber rujukan.
Bukan nak buat servis eCover tapi saya nak kuasainya untuk kegunaan sendiri, sebab saya yakin saya bole buat dan kuasainya.
Anyway, useful tip. Tq…
shueqry,
kota kinabalu, sabah.
salam..wah tutorial yang bagus ni.
memang bagus sangat lah penerangan ini
Bagus², teruskan usaha membuat tutorial BM lagi. Lagi banyak lagi bagus.
kalo nak buat banner tuh blog saya kena bayar ke..
2. reezluv
ya..reezluv ble nk share skali..dengo cite makin maju skg ni..hehe..
3. Kirana
selamat datang ya kirana
4. shueqry
thanks shueqry..smoga saya lbih bsmgt lg..
p/s: sudah emel anda bbrapa hari lepas, sila balas ya..
5. Ali Calok
jgn x cuba ali.. aku letak link kau di senarai.. x ape ke? hehe..
6. mustahing
hmm.. kalau pening kat ayat2 ttentu tu, jgn malu2, ya?
7. draxter
wah2.. ada juga rakan seperjuangan kt sini.. yaa. hidup photoshop..hehe..
8. Taqiyuddin
erm.. bayar bole.. free pn bole (emel saya, k?)..
tapi buat sndri lg puas ati.. sebab.. blog anda, anda berhak mencoraknya (cewah..bermadah plak aku arini)
byk info berguna dlm web ni..
baru skang aku terjumpa web ni..
lepas ni bolehlah selalu masuk..
This what i did:-
http://www.mejuke.com/out.php/i416_awan.gif
Klik ler kalau nak tengok… huhuhu
assalamualaikum………
seronok ar tengok awak pandai buat bneda-benda alah ni rasa cam jelous la plak…… kalau awak tak keberatan leh tak awak buat something yang boleh menarik minat kanak-kanak menggunakan komputer ni…. kanak-kanak xspecially age 3 untill 5 years old…can? tak kira la untuk belajar apa pun……actually i’m a teacher and right now i tengah set up my own kindergarden…so…..i mmg tengah cari software or anythings skill for kids….
k tq……
nih pakain perisian apa. leh bagi tahu tak! nak beli kat mana?
2ndcybenet:
nama perisian ini.. Adobe Photoshop CS2 (terkini adalah CS3)
di kedai ciplak memang ada jual.. tapi saya tak sarankan.. sebab kite kene perang anti-lanun..
askum….hmm..memang bagus btul web ni.saya baru hadiri bengkel workshop 3 hari lepas.tapi masih banyakyang kene explore sendiri.dah dapat ilmu baru arini…alhmdllh….
bukan workshop…photoshop..silap ler plak
Alhamdulillah…saya dah cuba buat awan..berjaya..tq irfan
salam,saya ni nak cari cara buat cover ebook free, dimana ya
salam 2 irfan,
nak tanya boleh tak tunjuk cara nak lukis baju t-shirt.
tima kasih
This story sounds convincingly! I agree with you in this case.